journey wit ?
Thursday, March 10, 2005
hmm~arini aku ada test practcal computer and lec suh wat karangan ttg diri sendiri~ceehwsss... dah lama gak x ngarang nih tp ada satu peristiwa yg wat aku bengang sesangat tadi...sakit hati sungguh,rasa mcm nak debik jer!!! opss...tak baik marah-marah kan so aku nak paste laa karangan aku tuh kat sini hahahahaha~

Bercerita tentang diri sendiri?Siapa aku sebenarnya?Mudah menafsirkan namun sukar memahami...kadangkala orang fikir mereka akan kenal aku dengan mudah namun...hanya aku dan DIA saja yang mengetahui rahsia di sebalik AZNEE...lagaknya kasar,suaranya lantang,wajahnya masam dan perinya sombong...hmm~bukan sedikit yang mengeluarkan kenyataan ini malah majoriti...pernah dahulu aku ditakuti dan dibenci dek kerana sifatku yang pendiam dan kadangkala dikatakan memilih bulu,adakah itu benar?Ya,sedikit..dan aku sendiri mengakuinya kerana aku tidak mudah mesra dengan orang lain terutama yang baru kali pertama bersua...jujur,aku lebih mudah berkawan dengan lelaki dari insan sepertiku..kenapa ya?Mungkin mereka mudah menerima pandanganku dan terbuka menilai aku dari sudut biasa.
Mungkinkah gelaran anak sulung itu membuatkan mereka berfikir aku ini berani?berkeyakinan dan mampu menghadapi cabaran?Benar,bergelar anak sulung membawa kelebihan padaku,menjadikan aku cepat matang dan tidak mudah menerima perubahan yang kurasakan tidak perlu dalam hidupku namun kadangkala aku kehilangan arah dan mula mencari dahan menumpang...sulung itu tidak mudah dan bimbingan amat aku perlukan agar perjalanan hidup aku akan terus berada di landasan yang betul..Aku berasal dari bumi selatan dan bukan datang dari keluarga berada tapi keluarga aku mampu menyediakan yang ku kira terbaik untuk aku sebenarnya..Ibu seorang guru dan abah pula seorang pesara,dulu abah seorang tukang masak ahaa sebab itu badan aku ‘istimewa’..barangkali
Meminati perundangan dan kancah politik namun ketetapan menarik diri ke dunia sains dan teknologi…Tafsiran aku pada kehidupan adalah mudah “tentukan kehidupan berlandaskan apa yang kau fikirkan” Sesuatu yang indah pada aku adalah mencapai apa yang diimpikan dan melaksanakan segala yang dicita-citakan…siapa dia yang aku kagumi?Seseorang yang aku percaya dan setia….Dia yang tahu dan memahami…bukan kekasih,bukan cinta hati tapi dia yang mampu menemani aku di mana sahaja…..Aku tidak bijak malah aku juga tidak rajin,aku adalah insan yang menurut rasa hati walaupun kadangkala boleh memakan diri~
Internet adalah duniaku dan wajar kukatakan aku agak ketagih dengan dunia ini..minatku yang terutama selain novel dan buku..hidupku tidak lengkap tanpa Internet dan ini yang paling membuatkan aku gembira selain ermm tidur...Aku bukan insan yang menarik dan aku juga mempunyai sifat rendah diri kerana kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan kemampuan diriku...Tidak sukar menjadi aku tetapi tidak mudah mengenali aku..aku sendiri masih belajar untuk mengenali siapa aku yang sebenarnya...kerana aku
Yang bernama aznee
hitam putih
6:52 PM